Tuesday, July 20, 2010

Akikah Online..

Salam..,,

Bagi merancakkan aktiviti di ladang kami ni.. Dengan berbesar hatinya kami menyediakan PAKEJ LENGKAP AKIKAH pada harga HANYA RM 650 shaja.. Pakej ini merangkumi sembelih/melapah dan penghantaran terus ke rumah anda tapi untuk sekitar lembah klang shj (luar lembah klang caj penghantaran akan dikenakan pada kadar yang minimum) jadi anda x perlu risau kerana tiada caj2 lain atau caj2 yang tersembunyi yang akan dikenakan..

Pakej ini diwujudkan untuk memudahkan anda yang kesibukan kerana bekerja tetapi berkeinginan untuk melunaskan tanggungjawab serta bersyukur di atas kurniaan zuriat yang diberikan oleh ALLAH s.wt.

Jadi kami berbesar hati akan membantu dan mewakilkan bagi pihak anda melaksanakannya dengan telus,jujur dan amanah..

Disamping itu pihak kami membekalkan kambing2 yang sememang comfirm cukup umur, cukup sihat, cukup sifatnya dan serta berat yang pastinya anda berpuas hati. (35kg-40kg)..

Urusan penyembelihan pula dilakukan oleh penyembelih yang berpengalaman yakni mereka yang dipertanggungjawabkan oleh pihak masjid sendiri untuk menyembelih ternakan2 ketika sambutan Hari Raya Korban..

Bagi memastikan ketelusan dalam setiap urusan tempahan dan pengurusan akikah anda pihak kami akan menyiarkan gambar kambing yang dipilih oleh pihak kami serta ketika penyembelihan kambing tersebut dalam blog kami ini. Dan juga ketika urusan penyembelihan hendak di lakukan pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan nama anak serta butiran2 yang diberikan ketika tempahan dilakukan..

Dan akhir sekali setelah selesai urusan penyembelihan/melapah/memotong dan kami akan hantar terus ke rumah anda mengikut tarikh yang diberikan beserta dengan resit pembelian..

Diharap segala penerangan yang diberikan dapat membantu dan memudahkan anda memahami setiap proses yang kami jalankan bagi pihak anda... Insyallah..

Jadi hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan..

Wsalam....,

Monday, July 5, 2010

Akikah untuk Nur Qistina Mysarah

Salam semua..,,

Sabtu lepas selamat dijalankan akikah untuk puteri kesayangan sy Nur Qistina Mysarah.. Mysarah selamat di lahirkan pada bulan 3 yang lepas tapi oleh kerana kesibukan sy serta family sy terpaksa di tangguhkan ke masa yang sesuai.. Jika selama ini sy menguruskan permintaan pelanggan untuk akikah jadi sekarang ni turn sy la plak nak menguruskan untuk anak sendiri.. Alhamdullilah semua selamat di jalankan... kambing dah potong tapi kenduri yer di anjakan ke minggu depan sebab yer minggu lepas fully booked penuh jadual kenduri di kampung maklum la ramadhan pun dah nak dekat jadi ramai yang abis kesempatan ni untuk menjalankan kenduri di rumah masing2.. Jadi sy pun kene la anjakan ke minggu depan.. sempat gak la nak bgtau sedara mara yang x sempat nak bgtau..















Bagi memudahkan urusan dan tempahan serta pembelian anda hanya perlu SMS kepada sy nama anda, alamat penghantaran dan saya akan berikan sebut harga yang terbaik untuk anda.. Begitu juga kepada penternak yang nak order 5 ekor kambing untuk tujuan akikah ditempat anda cuma SMS pada sy nama, serta alamat penghantaran dan saya beri harga 5 ekor termasuk penghantaran ke tempat anda..




Powered By Blogger