Thursday, October 29, 2009

Ibadah Akikah..

Salam..,

Sedikit perkongsian ilmu untuk semua mengenai ibadah akikah yang saya cuma copy and paste sahaja untuk renungan bersama..

HIKMAH AKIKAH

Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:

-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

PENGERTIAN AKIKAH

Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

PERBEZAAN ANTARA KORBAN DAN AKIKAH

Terdapat beberapa perbezaan antara korban dengan akikah:

akikah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijah.

daging akikah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
Akikah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.

Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging akikah sunat disedekahkan setelah dimasak.

Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu. Sabda Rasullullah s.a.w.:

Yang bermaksud: "Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."

Syarat-syarat akikah:

Berniat akikah ketika menyembelih.

Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

CARA MELAKUKAN AKIKAH

Berdoa semasa hendak menyembelih:

Yang bermaksud: "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini akikah …" (menyebut nama anak).


-Menyembelih ketika matahari sedang naik.
-Daging akikah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
-Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang akikah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
-Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin.
-Memasak daging akikah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika menyambut kelahiran anak:

-Membaca azan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
-Membaca qamat di telinga sebelah kirinya.
-Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
-Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
-Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
-Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
-Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih akikah untuknya.
-Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu ataua wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
-Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin.

credit this to :- MUSLIM AID ASIA " http://muslimaidasia.com/ma/main/ibadah-akikah.html "

Saturday, October 24, 2009

Kursus...

salam,

Gambar ini diambil ketika sy menjalani kursus pada tahun lepas anjuran Agrobank dan Al-barakah. Kursus ketika itu lebih pada kaedah dan prosedur2 ketika autopsi @ bedah siasat kambing yang mana setiap bedah siasat yang kita jalankan samplenya boleh di hantar ke makmal untuk menjalani ujian sekira berlaku kematian yang tidak diketahui puncanya dan boleh kita mengambil langkah2 dan pencegahan pada ternakan kite nanti.. Ramai di antara peserta2 merupakan orang2 lama @ otai2 yang telah lama menceburi bidang ni dan juga mereka yang masih di awl2 dunia penternakan.


jalan masuk ke ladang




rumput yang di tanam sekitar ladang

keadaan kandang dan pintu masuk ker kandang yang bersih dan teratur..
persekitaran dan keadaan kambing yang sehat2 belaka..

kambing yang setia menunggu untuk di bedah siasat
proses membedah sedang di mulakan..

kelihatan organ dalaman ketika proses bedah siasat di jalan kan. ketika ini juga kami diajar organ2 yang terdapat pada seekor kambing.. rase macam belajar perubatan plak.. tapi ini untuk kebaikan penternak sendiri di mana mereka boleh merawat setiap ternakan di kandang serta melakukan bedah siasat pada kambing yang mengalami kematian mengejut jadi xyah la susah2 nak panggil vet..
(harap maaf jika gambar yang dipost kan ini kurang menyenangkan mana2 pihak.. heheh)
kelihatan para peserta kusyuk dan tekun melihat setiap proses bedah siasat di jalan tanpa rase geli atau takut(ingin menjadi penternak berjaya maner bleh geli2.. hehehe). dan setiap proses yang di jalankan kami juga diajar bagaimana untuk merekod dan cara untuk menghantar sample2 ke makmal.

akhir sekali sesi bergambar dengan semua peserta yang menyertai kursus pada kali ini bersama-sama dengan penceramah dari jabatan haiwan. yang pasti setiap pengalaman dan ilmu yang kongsi oleh mereka tidak akan kami lupakan.. kalo lupe kiter tgk la balik nota yang ade kalo x ingat jugak.. Lu pikir la sendiri.. heheh..

p/s - mane2 peserta yang menyertai kursus ni jika x keberatan tinggalkan link blog anda disini untuk kita berkongsi pengalaman atau info2 terbaru dalam penternakan ini..

salam...

Wednesday, October 21, 2009

Jom layan gambar..



salam semua.., seperti yang dijanjikan ini sebahagian koleksi gambar yang ada dalam simpanan saya.Gambar ni diambil masa penambahan kandang dan jugak anak2 kambing yang baru lahir ke muka dunia ni.. heheh.. skang pun semua dah besar dan ade yang dah dijual untuk sembelihan.. Untuk kambing sy ni sy fokus kan untuk jualan daging jadi maner2 kambing jantan yang berumur 6 blan ke atas akan sy jual. Insyallah akhir bulan ni akan sy masuk pula kambing untuk keperluan akikah dan korban.. jadi kena la prepair btul2 sebab blum ade pengalaman lagi nak membela kambing overseas ni.. hehehe... salam,

Tuesday, October 20, 2009

Dah lamer x update..

salam wat semua..,

kebelakangan ni agak sebok dengan kerja yang agak banyak dan x sempat nak update selalu blog ni(aper punyer owner da..) hehehehe.. komputer pun gune yang di opis jer jadi xder ilham plak nak mengkarang citer.. gambar dalam koleksi banyak tapi nak kene mencari maner pegi cd yer so balik ni kenela mengeledah kat umah maner la aku simpan cd tu.. buat mase ni pun ade 2 keping jer gambar dalam pc insyallah dalam mase terdekat ni sy akan upload seberape banyak gambar yang ader untuk di kongsi bersama dan akan sy kongsi cerita2 terbaru di kandang.. salam..


kambing sedang meragut


ibu dan anak di kandang

**harap maklum kualiti gambar agak kureng skit disebabkan oleh kamera dan bukan dari owner yer.. hehehe**
Powered By Blogger