Tuesday, December 17, 2013

PROMOSI KAMBING BAKAR / KAMBING GOLEK CUTI SEKOLAH

Bismillah,

Pilihan Kambing Golek a.k.a Kambing Bakar a.k.a Kambing BBQ atau apa saja nama yang orang panggil asal kan bila dengar jer tentang kambing yg di golek/panggang/bbq pasti sesuatu majlis itu menjadi tumpuan dan perhatian ramai. Tiada istilah "tak boleh makan darah tinggi","kalo kambing mesti berbau" bila orang ramai dah nampak pastinya semua itu di tolak ketepi semata-mata hendak merasai kambing golek tu.

Oleh kami ingin membantu anda untuk memeriahkan majlis anda dengan pelbagai jenis menu dan pakej yang boleh di jadikan pilihan. Anda juga boleh datang ke ladang untuk memilih sendiri Kambing/Biri2 untuk majlis anda itu nanti.

Kawasan Jajahan Tok Janggut:- Kuala Selangor,Kapar,Meru,Bandar Tasik Puteri,Kota Puteri,Shah Alam, Klang dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. 

KAMBING GOLEK (AQIQAH)
PAKEJ STANDARD A - RM950
* KAMBING (FERAL)
* SOS BLACK PEPPER
PAKEJ STANDARD B - RM1050
* BIRI-BIRI (MERINO)
* SOS BLACK PEPPER
 
PAKEJ SUPRIMO A - RM 1200
* KAMBING (FERAL)
* 2 SOS (B/PEPPER & C/GRAVY)
* GARLIC BREAD
* COLESLOW
* KENTANG PUTAR
PAKEJ SUPRIMO B - RM 1300
* BIRI-BIRI (MERINO)
* 2 SOS (B/PEPPER & C/GRAVY)
* GARLIC BREAD
* COLESLOW
* KENTANG PUTAR


---- OFFER CLOSED---
HUBUNGI SEKARANG UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN
011-21148454 (NAZRY) 







Wednesday, November 20, 2013

KAMBING AKIKAH CUTI SEKOLAH

Bismillah,

PROMOSI ISTIMEWA SEMPENA CUTI SEKOLAH KHAS UNTUK PENDUDUK KAWASAN SEKITAR KUALA SELANGOR,IJOK, BANDAR TASIK PUTERI, PUNCAK ALAM DAN SELURUH LEMBAH KLANG.

KAMBING AKIKAH HANYA RM 700 SHJ (HARGA ASAL RM 800). HANYA UNTUK 20 ORANG YANG PERTAMA SEMPENA CUTI SEKOLAH INI.

REBUT PELUANG KEEMASAN DENGAN HARGA YANG TERENDAH DAN TERMURAH.



NAK LAGI BEST HARGA KAMI TERMASUK SEMBELIH DAN LAPAH.. YA!!!! TIADA KOS SEMBELIH DAN LAPAH DIKENAKAN. 

HUBUNGI

NAZRY : 016-6617063

TAWARAN TAMAT

Friday, June 22, 2012

Dah bersawang!!!

Assalamualaikum,,,

Buat julung-julung kalinya setelah sekian lama baru arini nak update blog... Kalo lah boleh nampak sawang yer kat blog ni agak nyer dah penuh dekat laman sesawang ni... :-D

Alhamdulillah.. sehingga ke arini urusan ternakan masih diteruskan dan syukur juga kerana dimurahkan rezeki kerana diberi peluang untuk meneruskan ternakkan kambing sehingga ke hari ini..

Hasil berkat kesabaran dalam menempuh dugaan ni.. Akhirnya berjaya juga dalam pemohonan pinjaman untuk terus hidup dan meneruskan apa yang selama ini terhenti akibat dari kekangan modal yang ada...

Dan hingga hari ini, urusan banyak tertumpu pada jualan ternakan kambing untuk akikah atau sembelihan dalam bentuk runcit atau borong.. Tapi urusan breeding di kandang takde la dilupakan terus supaya bekalan tidak terputus andai bekalan kambing yang selalu di bawa masuk ni tetiba plak la dihentikan serta merta oleh pihak yang berwajib.. kes naya la alamatnya....


sooo.. tak tau nak tulis apa lagi psalnya saya ni pun bukan nya pandai bab2 menaip ni.. jari tangan pun semuanya keras2.. Insyallah andai diberi kelapangan saya akan terus kan update blog ni,,

Wsalam..

Tuesday, September 28, 2010

Salam AidilFitri...!!!!!
















Salam..

Di kesempatan ini kami warga kerja Ladang Ternakan Tok Janggut dan keluarga memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa dan terlebih bicara yang tidak disengajakan kami sepanjang tahun ini kepada semua rakan2 ternak dan pelawat2 blog kami..
Semoga lebaran pada tahun ini di sambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran di samping keluarga yang tersayang...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

p/s :- kambing akikah akan masuk pada 30.09.2010 ni.. jadi aper tunggu lagi tempahla sekarang dan kalo nak wat BBQ kambing kami juga boleh sediakan...

Tuesday, July 20, 2010

Akikah Online..

Salam..,,

Bagi merancakkan aktiviti di ladang kami ni.. Dengan berbesar hatinya kami menyediakan PAKEJ LENGKAP AKIKAH pada harga HANYA RM 650 shaja.. Pakej ini merangkumi sembelih/melapah dan penghantaran terus ke rumah anda tapi untuk sekitar lembah klang shj (luar lembah klang caj penghantaran akan dikenakan pada kadar yang minimum) jadi anda x perlu risau kerana tiada caj2 lain atau caj2 yang tersembunyi yang akan dikenakan..

Pakej ini diwujudkan untuk memudahkan anda yang kesibukan kerana bekerja tetapi berkeinginan untuk melunaskan tanggungjawab serta bersyukur di atas kurniaan zuriat yang diberikan oleh ALLAH s.wt.

Jadi kami berbesar hati akan membantu dan mewakilkan bagi pihak anda melaksanakannya dengan telus,jujur dan amanah..

Disamping itu pihak kami membekalkan kambing2 yang sememang comfirm cukup umur, cukup sihat, cukup sifatnya dan serta berat yang pastinya anda berpuas hati. (35kg-40kg)..

Urusan penyembelihan pula dilakukan oleh penyembelih yang berpengalaman yakni mereka yang dipertanggungjawabkan oleh pihak masjid sendiri untuk menyembelih ternakan2 ketika sambutan Hari Raya Korban..

Bagi memastikan ketelusan dalam setiap urusan tempahan dan pengurusan akikah anda pihak kami akan menyiarkan gambar kambing yang dipilih oleh pihak kami serta ketika penyembelihan kambing tersebut dalam blog kami ini. Dan juga ketika urusan penyembelihan hendak di lakukan pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan nama anak serta butiran2 yang diberikan ketika tempahan dilakukan..

Dan akhir sekali setelah selesai urusan penyembelihan/melapah/memotong dan kami akan hantar terus ke rumah anda mengikut tarikh yang diberikan beserta dengan resit pembelian..

Diharap segala penerangan yang diberikan dapat membantu dan memudahkan anda memahami setiap proses yang kami jalankan bagi pihak anda... Insyallah..

Jadi hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan..

Wsalam....,

Monday, July 5, 2010

Akikah untuk Nur Qistina Mysarah

Salam semua..,,

Sabtu lepas selamat dijalankan akikah untuk puteri kesayangan sy Nur Qistina Mysarah.. Mysarah selamat di lahirkan pada bulan 3 yang lepas tapi oleh kerana kesibukan sy serta family sy terpaksa di tangguhkan ke masa yang sesuai.. Jika selama ini sy menguruskan permintaan pelanggan untuk akikah jadi sekarang ni turn sy la plak nak menguruskan untuk anak sendiri.. Alhamdullilah semua selamat di jalankan... kambing dah potong tapi kenduri yer di anjakan ke minggu depan sebab yer minggu lepas fully booked penuh jadual kenduri di kampung maklum la ramadhan pun dah nak dekat jadi ramai yang abis kesempatan ni untuk menjalankan kenduri di rumah masing2.. Jadi sy pun kene la anjakan ke minggu depan.. sempat gak la nak bgtau sedara mara yang x sempat nak bgtau..















Bagi memudahkan urusan dan tempahan serta pembelian anda hanya perlu SMS kepada sy nama anda, alamat penghantaran dan saya akan berikan sebut harga yang terbaik untuk anda.. Begitu juga kepada penternak yang nak order 5 ekor kambing untuk tujuan akikah ditempat anda cuma SMS pada sy nama, serta alamat penghantaran dan saya beri harga 5 ekor termasuk penghantaran ke tempat anda..




Saturday, June 26, 2010

Jualan Feral Kembali lagi...

Salam wat semua..,,

Shipment feral kembali lagi setelah sekian lama menyepi.. heheh.. tapi diam2 berisi tau.. Dengan penambahan keluasan kandang dan kami mengorak setapak lagi dengan meneruskan jualan feral untuk akikah secara borong atau pun runcit...

Dengan suasana blog yang serba baru (baru tau sebenar yer.. baru arini sempat update blog.. hehehe). Beberapa hari yang lalu kami telah membawa masuk feral untuk akikah dan telah membekalkan pada saudara faizal serta rakan2 dari Umm Baraqah Resources yang membeli feral secara borong termasuk penghantaran ke kandang. Yang pasti harga istimewa telah diberikan dan selamat bertrading feral untuk akikah di ucapkan pada beliau dan rakan-rakan.. Yang pasti anda diluar sana yang inginkan feral secara borong dengan harga yang istimewa ini jangan segan2 bertanya pada kami.. kalo x dapat tepon sms pun xper...

Disamping itu jualan untuk runcit juga tidak dilupakan.. Jika anda diluar sana ingin tahu harga yang menarik dan semesti yerr " debomm" jangan segan tepon/sms untuk bertanyakan harga.. kami akan cuba memberikan harga yang terbaik untuk anda melaksanakan ibadah akikah anda...
Powered By Blogger