Tuesday, January 12, 2010

Anak Kambing Ku Mati..

salam..,,

Pada awl tahun baru ni saje dah 3 ekor anak kambing mati..,, sebab dan puncanya masih dalam siasatan.. 2 ekor berumur 6 blan mati serentak pada 2 minggu lepas dan seekor lagi baru berusia 2 minggu mati semalam.. Pada dianogsis awl yer kambing2 tersebut cirit - birit manakala yg berusia 2 minggu tu secara tiba2 jer mati tanpa menunjuk sebarang tanda kesakitan.. Aduhh sedih yer biler mendapat berita dari ayah sy psalnya baru hari ahad lepas die bermanja-manja dengan sy.. Ini lah lumrah hidup seorang penternak walaupun sy sendiri hanya meluangkan masa di hari minggu tetapi sy meluangkan secukup2nya masa bersama mereka pada hari minggu...

Dan baru2 ni juga penjantan jamnapari sy di serang luka berulat di kawasan paling produktif bagi seekor penjantan... Di bahagian telurnya... Aduh lebih besar masaalah ni.. Satu demi satu masaalah menimpa.. "YA ALLAH KUATKAN LA HATI HAMBA MU NI MENAHAN SEGALA DUGAAN MU"..

Rawatan segera di beri pada pejantan jamna tu dengan kesemua anak kambing yg ada.. Luka si Jamna di cuci dan ulat dalam bahagian skrotum(betul ker aku sebut ni.. heheh) di keluarkan walaupun kene menahan dengan kerenah si jantan yg menahan kesakitan.. Luka dicuci dan sembur iodine dan disembur ubat penghalang lalat supaya x menambah buruk kan lagi keadan yg dah sememang yer buruk pun skarang ni... Untuk anak semua di beri rawatan ubat cacing kerana mereka di khuatiri mengalami bebanan cacing yg agak kronik juga...

Setelah diselidik masaalah berpunca dari kesilapan sy sendiri yg kurang memberi perhatian kepada mereka baru2 ni kerana sibuk menguruskan kambing akikah.. Oleh kerana kami membela separa intensif dimana dilepaskan di dalam kawasan ladang pada waktu tgh hari dan masuk ke kandang di waktu petang.. Dan program menyah cacing terlepas dari jadual yg sepatut yer dan faktor kebersihan dalam kandang dan penjantan yg selalu ye dimandi kan 2 kali seminggu xdapt dilakukan di sebabkan hari sentiasa hujan sehingga ke petang...

Buat penternak di luar sana ingatlah sentiasa mengekalkan jadual anda dalam membanteras penyakit2 dan kebersihan2 di dalam kandang sentiasa di titik beratkan.. Psal nyer pakcik dah kena.... hermm.., sedih memang la sedih tapi sy amik ini sebagai pengajaran untuk sy dan penternak2 lain di luar sana...

Sebagai langkah berjaga-jaga dan proaktif yer, selepas ni progrom yg dijadualkan akan terus dijalankan walau sesibuk maner dan dalam ape keadaan cuaca pun.. Lepas ni nak g cari ubat cacing yg paling berkesan untuk mengawal semua jenis cacing, kalo bleh la..

Saturday, January 2, 2010

Salam Tahun Baru !!!! 2010

Salam,

Selamat menyambut kedatangan 2010 untuk kesemua warga penternak khususnya warga penternakkan kambing. Untuk kehadiran tahun 2010 ini kita kumpul semua azam kita yang x tercapai untuk kite realisasikan pada tahun ini. Dan juga semoga kedatangan tahun baru ini menjanjikan seribu kejayaan untuk kita semua warga penternak walau apa pun halangan dan masaalah yang telah dihadapi pada tahun lepas kita jadikan sebagai panduan dan semangat untuk kita terus berjaya dan berjaya... (perrghh semangat betul aku ni hehehe..) Kami di ladang ternakan tok janggut juga berharap industri penternakkan kambing ini sebagai penjana ekonomi negara dan juga pada diri kita.. Salam Tahun Baru..

Selamat Tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010..

p/s - banyak program pada tahun lepas yang belum di kongsi lagi, insyallah sy akan cube kongsikan untuk anda semua..
Powered By Blogger