Tuesday, September 28, 2010

Salam AidilFitri...!!!!!
















Salam..

Di kesempatan ini kami warga kerja Ladang Ternakan Tok Janggut dan keluarga memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa dan terlebih bicara yang tidak disengajakan kami sepanjang tahun ini kepada semua rakan2 ternak dan pelawat2 blog kami..
Semoga lebaran pada tahun ini di sambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran di samping keluarga yang tersayang...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

p/s :- kambing akikah akan masuk pada 30.09.2010 ni.. jadi aper tunggu lagi tempahla sekarang dan kalo nak wat BBQ kambing kami juga boleh sediakan...

Tuesday, July 20, 2010

Akikah Online..

Salam..,,

Bagi merancakkan aktiviti di ladang kami ni.. Dengan berbesar hatinya kami menyediakan PAKEJ LENGKAP AKIKAH pada harga HANYA RM 650 shaja.. Pakej ini merangkumi sembelih/melapah dan penghantaran terus ke rumah anda tapi untuk sekitar lembah klang shj (luar lembah klang caj penghantaran akan dikenakan pada kadar yang minimum) jadi anda x perlu risau kerana tiada caj2 lain atau caj2 yang tersembunyi yang akan dikenakan..

Pakej ini diwujudkan untuk memudahkan anda yang kesibukan kerana bekerja tetapi berkeinginan untuk melunaskan tanggungjawab serta bersyukur di atas kurniaan zuriat yang diberikan oleh ALLAH s.wt.

Jadi kami berbesar hati akan membantu dan mewakilkan bagi pihak anda melaksanakannya dengan telus,jujur dan amanah..

Disamping itu pihak kami membekalkan kambing2 yang sememang comfirm cukup umur, cukup sihat, cukup sifatnya dan serta berat yang pastinya anda berpuas hati. (35kg-40kg)..

Urusan penyembelihan pula dilakukan oleh penyembelih yang berpengalaman yakni mereka yang dipertanggungjawabkan oleh pihak masjid sendiri untuk menyembelih ternakan2 ketika sambutan Hari Raya Korban..

Bagi memastikan ketelusan dalam setiap urusan tempahan dan pengurusan akikah anda pihak kami akan menyiarkan gambar kambing yang dipilih oleh pihak kami serta ketika penyembelihan kambing tersebut dalam blog kami ini. Dan juga ketika urusan penyembelihan hendak di lakukan pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan nama anak serta butiran2 yang diberikan ketika tempahan dilakukan..

Dan akhir sekali setelah selesai urusan penyembelihan/melapah/memotong dan kami akan hantar terus ke rumah anda mengikut tarikh yang diberikan beserta dengan resit pembelian..

Diharap segala penerangan yang diberikan dapat membantu dan memudahkan anda memahami setiap proses yang kami jalankan bagi pihak anda... Insyallah..

Jadi hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan..

Wsalam....,

Monday, July 5, 2010

Akikah untuk Nur Qistina Mysarah

Salam semua..,,

Sabtu lepas selamat dijalankan akikah untuk puteri kesayangan sy Nur Qistina Mysarah.. Mysarah selamat di lahirkan pada bulan 3 yang lepas tapi oleh kerana kesibukan sy serta family sy terpaksa di tangguhkan ke masa yang sesuai.. Jika selama ini sy menguruskan permintaan pelanggan untuk akikah jadi sekarang ni turn sy la plak nak menguruskan untuk anak sendiri.. Alhamdullilah semua selamat di jalankan... kambing dah potong tapi kenduri yer di anjakan ke minggu depan sebab yer minggu lepas fully booked penuh jadual kenduri di kampung maklum la ramadhan pun dah nak dekat jadi ramai yang abis kesempatan ni untuk menjalankan kenduri di rumah masing2.. Jadi sy pun kene la anjakan ke minggu depan.. sempat gak la nak bgtau sedara mara yang x sempat nak bgtau..















Bagi memudahkan urusan dan tempahan serta pembelian anda hanya perlu SMS kepada sy nama anda, alamat penghantaran dan saya akan berikan sebut harga yang terbaik untuk anda.. Begitu juga kepada penternak yang nak order 5 ekor kambing untuk tujuan akikah ditempat anda cuma SMS pada sy nama, serta alamat penghantaran dan saya beri harga 5 ekor termasuk penghantaran ke tempat anda..




Saturday, June 26, 2010

Jualan Feral Kembali lagi...

Salam wat semua..,,

Shipment feral kembali lagi setelah sekian lama menyepi.. heheh.. tapi diam2 berisi tau.. Dengan penambahan keluasan kandang dan kami mengorak setapak lagi dengan meneruskan jualan feral untuk akikah secara borong atau pun runcit...

Dengan suasana blog yang serba baru (baru tau sebenar yer.. baru arini sempat update blog.. hehehe). Beberapa hari yang lalu kami telah membawa masuk feral untuk akikah dan telah membekalkan pada saudara faizal serta rakan2 dari Umm Baraqah Resources yang membeli feral secara borong termasuk penghantaran ke kandang. Yang pasti harga istimewa telah diberikan dan selamat bertrading feral untuk akikah di ucapkan pada beliau dan rakan-rakan.. Yang pasti anda diluar sana yang inginkan feral secara borong dengan harga yang istimewa ini jangan segan2 bertanya pada kami.. kalo x dapat tepon sms pun xper...

Disamping itu jualan untuk runcit juga tidak dilupakan.. Jika anda diluar sana ingin tahu harga yang menarik dan semesti yerr " debomm" jangan segan tepon/sms untuk bertanyakan harga.. kami akan cuba memberikan harga yang terbaik untuk anda melaksanakan ibadah akikah anda...

Saturday, February 27, 2010

Akikah

Salam,

Sedikit gambar dalam simpanan yg dah lamer tersimpan tapi x di keluarkan, hehehe.. baru la arini berkesempatan nak kuarkan.. aperpun layan jer la gambar ni...















yang ni kambing akikah untuk cucu tok cu sy.. beliau memilih sendiri kambing yg hendak di akikahkan dan berpuas hati dengan saiz2 kambing yg ada mase tu rata2 avg 40kg...















yang ini pulak 2 ekor kambing yg ditempah oleh En. Nazri seorang pegawai dari IPD shah alam berserta dengan pakej katering untuk 200 org.. masa sedang menguruskan pun hujan lebat tu yg nampak mcm kambing ni baru lepas mandi..hehehe.. alhamdullilah kami mendapat feedback dari yg baik dari beliau.. jadi jgn anda semua jangan ragu2 akan kami berikan yg terbaik untuk anda.. hubungi kami utk harga yg terbaik..

Gambar time masak memang x dapat amik psal yer sy pun sedang sebok membantu tukang masak.. hehehe.. ini jer yang sempat sy amik setiap kali ader tempahan akikah sebab yer sy sendiri pun sebok menguruskan tempahan,,. jadi kalo ader kaki dan tangan yang menolong time tu bleh la sy curi2 amik gambar untuk tatapan anda dan pelanggan yang menempah.. jadi anda semua jgn ragu2 setiap kambing yg ditempah akan diuruskan sebaik2 yer untuk anda.. Hubungi pegawai pemasaran kami untuk sebarang tempahan dan pertanyaan...

Farah : 017 -2567182

Dah Lamer yer x posting..,

Salam,

Wat semua sahabat dan rakan ternak, semoga segala aktiviti dan perniagaan anda terus berkembang dan mantooop... hehehe,.. agak lamer juga saya menyepi tapi sepi ini ader berisi.. huahauahua.... untuk pengetahuan anda segala akitiviti di ladang masih berjalan lancar dan jualan akikah masih diteruskan seperti biase walaupun dalam keadaan tidak keruan menantikan kehadiran orang baru setelah hampir 9 bulan.. hehehe..

Untk pengetahuan semua pihak kami juga menyediakan perkhidmatan katering berasaskan kambing untuk mereka yang berminat jadi kalo ader niat nak membuat akikah berserta katering boleh la hubungi kami untuk harga yang terbaik.. Selain itu pihak kami juga membekalkan hampas soya untuk kegunaan anda.. untuk harga silalah rujuk pada ruangan kedai tok janggut...

Insyallah untuk memastikan misi kami untuk menjadi pembekal daging kambing pihak kami akan terus komited ke arah itu walau seribu halangan mendatang ( semangat ni.... hehehe) dan sy sendiri akan cuba untuk mengupdate kan blog ni selalu x dapat seminggu sekali sebulan sekali pun jadila... heheh.. Dan x lupe salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.. Semoga kiter mendapat keberkatan dari rasullullah s.a.w. diatas apa yang kita jalankan.. Aminn..

Tuesday, January 12, 2010

Anak Kambing Ku Mati..

salam..,,

Pada awl tahun baru ni saje dah 3 ekor anak kambing mati..,, sebab dan puncanya masih dalam siasatan.. 2 ekor berumur 6 blan mati serentak pada 2 minggu lepas dan seekor lagi baru berusia 2 minggu mati semalam.. Pada dianogsis awl yer kambing2 tersebut cirit - birit manakala yg berusia 2 minggu tu secara tiba2 jer mati tanpa menunjuk sebarang tanda kesakitan.. Aduhh sedih yer biler mendapat berita dari ayah sy psalnya baru hari ahad lepas die bermanja-manja dengan sy.. Ini lah lumrah hidup seorang penternak walaupun sy sendiri hanya meluangkan masa di hari minggu tetapi sy meluangkan secukup2nya masa bersama mereka pada hari minggu...

Dan baru2 ni juga penjantan jamnapari sy di serang luka berulat di kawasan paling produktif bagi seekor penjantan... Di bahagian telurnya... Aduh lebih besar masaalah ni.. Satu demi satu masaalah menimpa.. "YA ALLAH KUATKAN LA HATI HAMBA MU NI MENAHAN SEGALA DUGAAN MU"..

Rawatan segera di beri pada pejantan jamna tu dengan kesemua anak kambing yg ada.. Luka si Jamna di cuci dan ulat dalam bahagian skrotum(betul ker aku sebut ni.. heheh) di keluarkan walaupun kene menahan dengan kerenah si jantan yg menahan kesakitan.. Luka dicuci dan sembur iodine dan disembur ubat penghalang lalat supaya x menambah buruk kan lagi keadan yg dah sememang yer buruk pun skarang ni... Untuk anak semua di beri rawatan ubat cacing kerana mereka di khuatiri mengalami bebanan cacing yg agak kronik juga...

Setelah diselidik masaalah berpunca dari kesilapan sy sendiri yg kurang memberi perhatian kepada mereka baru2 ni kerana sibuk menguruskan kambing akikah.. Oleh kerana kami membela separa intensif dimana dilepaskan di dalam kawasan ladang pada waktu tgh hari dan masuk ke kandang di waktu petang.. Dan program menyah cacing terlepas dari jadual yg sepatut yer dan faktor kebersihan dalam kandang dan penjantan yg selalu ye dimandi kan 2 kali seminggu xdapt dilakukan di sebabkan hari sentiasa hujan sehingga ke petang...

Buat penternak di luar sana ingatlah sentiasa mengekalkan jadual anda dalam membanteras penyakit2 dan kebersihan2 di dalam kandang sentiasa di titik beratkan.. Psal nyer pakcik dah kena.... hermm.., sedih memang la sedih tapi sy amik ini sebagai pengajaran untuk sy dan penternak2 lain di luar sana...

Sebagai langkah berjaga-jaga dan proaktif yer, selepas ni progrom yg dijadualkan akan terus dijalankan walau sesibuk maner dan dalam ape keadaan cuaca pun.. Lepas ni nak g cari ubat cacing yg paling berkesan untuk mengawal semua jenis cacing, kalo bleh la..

Saturday, January 2, 2010

Salam Tahun Baru !!!! 2010

Salam,

Selamat menyambut kedatangan 2010 untuk kesemua warga penternak khususnya warga penternakkan kambing. Untuk kehadiran tahun 2010 ini kita kumpul semua azam kita yang x tercapai untuk kite realisasikan pada tahun ini. Dan juga semoga kedatangan tahun baru ini menjanjikan seribu kejayaan untuk kita semua warga penternak walau apa pun halangan dan masaalah yang telah dihadapi pada tahun lepas kita jadikan sebagai panduan dan semangat untuk kita terus berjaya dan berjaya... (perrghh semangat betul aku ni hehehe..) Kami di ladang ternakan tok janggut juga berharap industri penternakkan kambing ini sebagai penjana ekonomi negara dan juga pada diri kita.. Salam Tahun Baru..

Selamat Tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010..

p/s - banyak program pada tahun lepas yang belum di kongsi lagi, insyallah sy akan cube kongsikan untuk anda semua..
Powered By Blogger