Friday, June 22, 2012

Dah bersawang!!!

Assalamualaikum,,,

Buat julung-julung kalinya setelah sekian lama baru arini nak update blog... Kalo lah boleh nampak sawang yer kat blog ni agak nyer dah penuh dekat laman sesawang ni... :-D

Alhamdulillah.. sehingga ke arini urusan ternakan masih diteruskan dan syukur juga kerana dimurahkan rezeki kerana diberi peluang untuk meneruskan ternakkan kambing sehingga ke hari ini..

Hasil berkat kesabaran dalam menempuh dugaan ni.. Akhirnya berjaya juga dalam pemohonan pinjaman untuk terus hidup dan meneruskan apa yang selama ini terhenti akibat dari kekangan modal yang ada...

Dan hingga hari ini, urusan banyak tertumpu pada jualan ternakan kambing untuk akikah atau sembelihan dalam bentuk runcit atau borong.. Tapi urusan breeding di kandang takde la dilupakan terus supaya bekalan tidak terputus andai bekalan kambing yang selalu di bawa masuk ni tetiba plak la dihentikan serta merta oleh pihak yang berwajib.. kes naya la alamatnya....


sooo.. tak tau nak tulis apa lagi psalnya saya ni pun bukan nya pandai bab2 menaip ni.. jari tangan pun semuanya keras2.. Insyallah andai diberi kelapangan saya akan terus kan update blog ni,,

Wsalam..