Monday, November 30, 2009

Salam Aidiladha...

Salam..,

Agak lambat untuk sy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kerana kesibukan kerja dan menguruskan kambing2 di kandang. Seperti yang anda semua sedia maklum di kandang sy sekarang terdapat stok untuk akikah yang maner baru sahaja masuk sehari sebelum aidiladha tetapi sy x sempat untuk menjualnya ketika hari raya tersebut sebab kelewatan shipment untuk masuk dan sering kali ditunda..

Seperti yang di janjikan sy kepilkan beberapa gambar kambing yang di bawa masuk baru2 ini untuk tatapan dan renungan anda bersama.. hahaha... Jadi yang mana tidak berkesempatan utk menjalankan akikah anda ketika raya korban ini saya sedia membantu dan pasti anda akan berpuas hati....

jadi jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan stok2 terbaru dari kami....

Saturday, November 28, 2009

Kambing Dah Masuk..

Salam..,

Kisah kali ni psal kambing akikah yang telah di tempah sejak awl bulan november lagi telah pun selamat sampai ke ladang. Setelah sekian lama shipment ditunda akhirnya pada 25.11.2009 kambing selamat sampai di mas kargo pukul 4.00 ptg. Jadi pada hari tu terpaksa la sy mengambil cuti mengejut untuk menyambut kambing di mas kargo.. Setibanya di sana sy menunggu kehadiran bro shamsul dari AZAMBEST FARM untuk mengambil pas kebenaran masuk ke mas kargo.

Setelah mengambil pas sy di bawa bro shamsul ke dalam dan bro shamsul menjadi tour guide sy.. hehehe,.. so terpaksa la di melayan kerenah sy yg pertama kali yer berada didalam... sbar yer bro.. hahaha... ape nak buat 1st time bawak masuk feral untuk akikah ni jadi banyak la bende nak ditanya dan sy berterima kasih kepada beliau kerana sudi meluang kan sdikit mase untuk sy dan menerangkan serba sedikit prosedur ketika mengimport kambing serta pengagihan kambing2 tersebut kepada pembeli..

Alhamdullilah stok yang di bawak masuk oleh azambest farm agak besar2 belaka dengan average 40-45 kg... setelah semua proses pengagihan selesai di mas kargo pada pkul 10.00 mlm.. sy pun beransur pulang dan sempat mengekskort (btul ker aku eja ni.. ahh bedal jer la..) drebar lori ker ladang al - falah di jalan kebun psal drebar xtau kandang yer kat maner dan nasib baik jugak la psal sy dah penah ke sana... Setelah menurunkan kesemua kambing di ladang al - falah sy pun bertolak balik sambil membawa tenaga kerja untuk menurunkan kambing di ladang sy pula..

Perrrgghh.. berpeluh kawan dalam lori nak membawak turun psal yer kat kandang sy ni xder bay nak load kambing jadi terpaksa la bekerja lebih skit nak mengangkut kambing turun dari lori dan bawak masuk ke dalam kandang... Abis jer menurunkan kambing dan selesai keje di ladang pkul 2.00 pg.. aisey lembik psal esok pagi jer nak anta isteri pegi check up dan register company kat ssm.. (psal ssm sy citer lain kali..)

Apepun ini merupakan satu pengalaman yang berharga sbb dapat tau serba sedikit proses ketika menurnkan kambing dan pengagihan kambing kepada para pembeli walaupun ianya meletihkan dan memenatkan.. best gilerrr... hahahahah....

p/s - gambar x dapat di sertakan sebab kamera tertinggal kat umah... tapi gambar kambing2 yg baru sampai akan di upload kemudian. dan satu berita sedih slah seekor dari feral tersbut dah mati... ape nak wat resam membela binatang kena la redha..... allah tau aper yg terbaik untuk umat yer,.. aminnn..

Wednesday, November 4, 2009

RM12 Sekilo..,

salam,

pasti ader yang tertanyer aper maksud sebenar yer tajuk di atas. sebenarnya ada kisah yang hendak sy crita kan, pada hari ahad yang lepas sy didtangi oleh pengusaha daging kambing untuk membeli kambing yang diternak.. kebetulan di kandang sy ada 5 ekor kambing jantan yang hendak di let go kan psal yer kambing ni dah mula mengatal dengan betina yang ada di kandang.. takut la plak terjadi kes kebuntingan pada betina ni dengan benih si jantan ni (dah rosak program aku.. hahah)..

setelah bercerita dan tawar menawar akhirnya kata sepakat telah dicapai.. sy bersetuju untuk menjual mereka dengan harga RM 12/kilo.. dengan purata umur dari 4-6 bulan (gambar tgk kat bwah yer) .. psal yer kambing ni hanya dilepas kan untuk makan di sekitar kandang dan dedak pun kurang hanya diberi time ujan dan bila tidak dilepaskan jer..

Disamping tu saya juga akan menjalankan jualan feral untuk akikah dalam mase terdekat ni jadi untuk pertama kali ni saya membeli 10 ekor feral dari shamsul azam best farm tapi oleh kerana flight delay ke satu tarkh yang akan di beritahu nanti jualan untuk akikah pun terdelay la jugak.. harap2 dapat la masuk dalam minggu depan paling lewat pun..hehehe.... ape2 pun kiter berdoa jer supaya xder masalah biler kambing tu dah sampai nanti....