Tuesday, July 20, 2010

Akikah Online..

Salam..,,

Bagi merancakkan aktiviti di ladang kami ni.. Dengan berbesar hatinya kami menyediakan PAKEJ LENGKAP AKIKAH pada harga HANYA RM 650 shaja.. Pakej ini merangkumi sembelih/melapah dan penghantaran terus ke rumah anda tapi untuk sekitar lembah klang shj (luar lembah klang caj penghantaran akan dikenakan pada kadar yang minimum) jadi anda x perlu risau kerana tiada caj2 lain atau caj2 yang tersembunyi yang akan dikenakan..

Pakej ini diwujudkan untuk memudahkan anda yang kesibukan kerana bekerja tetapi berkeinginan untuk melunaskan tanggungjawab serta bersyukur di atas kurniaan zuriat yang diberikan oleh ALLAH s.wt.

Jadi kami berbesar hati akan membantu dan mewakilkan bagi pihak anda melaksanakannya dengan telus,jujur dan amanah..

Disamping itu pihak kami membekalkan kambing2 yang sememang comfirm cukup umur, cukup sihat, cukup sifatnya dan serta berat yang pastinya anda berpuas hati. (35kg-40kg)..

Urusan penyembelihan pula dilakukan oleh penyembelih yang berpengalaman yakni mereka yang dipertanggungjawabkan oleh pihak masjid sendiri untuk menyembelih ternakan2 ketika sambutan Hari Raya Korban..

Bagi memastikan ketelusan dalam setiap urusan tempahan dan pengurusan akikah anda pihak kami akan menyiarkan gambar kambing yang dipilih oleh pihak kami serta ketika penyembelihan kambing tersebut dalam blog kami ini. Dan juga ketika urusan penyembelihan hendak di lakukan pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan nama anak serta butiran2 yang diberikan ketika tempahan dilakukan..

Dan akhir sekali setelah selesai urusan penyembelihan/melapah/memotong dan kami akan hantar terus ke rumah anda mengikut tarikh yang diberikan beserta dengan resit pembelian..

Diharap segala penerangan yang diberikan dapat membantu dan memudahkan anda memahami setiap proses yang kami jalankan bagi pihak anda... Insyallah..

Jadi hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan..

Wsalam....,

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Maaf sekiranya menggangu tuan. Disini saya ingin memaklumkan bahawa kami merupakan pembekal makanan kambing dan lembu. Jesteru itu, untuk sebarang pesanan dan tempahan, anda bolehlah hubungi kami seperti berikut:

    IA AGRO ENTERPRISE,
    1533 PEMATANG PUSU,
    JALAN MELOR GUNUNG,
    KOTA BHARU,
    KELANTAN.
    019-9806666
    E-MAIL : ia_agro@yahoo.com
    WEBSITE : http://iaagro.blogspot.com/

    ReplyDelete

Powered By Blogger